5 PERTUA UNTUK MERANSANGKAN KUANTITI SUSU IBU

1. Membuat Urutan Payudara

Sebelum menyusukan anak, para ibu disarankan untuk membuat urutan payudara terlebih dahulu bagi melancarkan aliran susu dengan lebih lancar dan keluar dengan kuantiti yang banyak. Selain itu, susu ibu yang keluar juga mempunyai nutrisi yang sangat diperlukan oleh bayi. Urutan payudara hendaklah dibuat dalam keadaan yang lembut dan tidak kasar. Terdapat dua cara urut payudara yang disarankan iaitu urutan membulat dan urutan menegak.
cara urutan susu bagi ibu baru
Urut payudara dengan cara membulat ialah dengan cara mengampukan payudara dengan sebelah tangan manakala sebelah tangan lagi diluruskan jari bagi mengurut payudara yang diampu tadi dengan cara membulat. Ia boleh dimulakan bermula atas atas payudara dan bergerak turun. Urut payudara dengan cara menegak pula ialah mengurut payudara dari bahagian atas menurun ke bawah dengan cara menegak.

2. Banyak Minum Air Suam

 
Jangan sesekali minum air sejuk dan ais ketika berpantang atau dalam tempoh menyusukan anak tetapi amalkan minum air suam. Air suamdapat menghasilkan hormon oksitosin justeru dapat meningkatkan susu ibu dengan lebih banyak. Bagi yang beragama Islam, seeloknya selawat dahulu kemudian minum air suam tersebut dengan niat untuk banyakkan dan nutrisikan susu ibu.

3. Banyak Amalkan Makan Kurma

Kurma adalah makanan sunnah yang sangat berkesan dalam mengubati serta mengenyangkan seseorang dengan mudah. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan buah kurma menghasilkan susu ibu yang banyak dan bernutrisi. Salah satunya adalah buah kurma mempunyai nutrien tryptophan dimana ia menggalakkan pengeluaran hormon serotonin.
kurma memberi tenaga segera kepada ibu

Hormon serotonin adalah hormon bagi penghasilan proses pengeluaran susu badan. Hormon inilah yang memberi kesan kepada kuantiti dan nutrien susu ibu tersebut. Semakin banyak hormon serotonin dihasilkan, semakin banyak susu ibu dapat dikeluarkan. Oleh itu, makanlah kurma banyak-banyak! Buat jus atau campur dengan susu pun boleh!

4. Sentiasa Kerap Pam Susu


Sebenarnya, susu ibu boleh dikeluarkan dengan banyak, tetapi ia mengambil tempoh yang lama. Sekiranya anda suri rumah atau mempunyai masa yang lama untuk berada di rumah, anda boleh mengepam susu badan dengan kerap. Pam susu badan setiap 2 atau 3 jam sekali didalam pantang mampu membanyakkan susu badan. Lebih banyak susu badan diberi kepada anak kecil, dia akan mendapat lebih banyak nutrisi susu dan meningkatkan tumbesaran bayi anda.

5. Amalkan Suplemen Atau Makanan Tambahan Penambah Susu Ibu

Terdapat banyak suplemen yang dijual di pasaran bagi meningkatkan penghasilan susu ibu. Tetapi tidak semua makanan tambahan tersebut memberikan zat dan khasiat terhadap susu ibu. Sebelum membeli sesuatu suplemen, anda dinasihatkan untuk mengkaji terlebih dahulu kandungan dan bahan-bahan yang digunakan dalam penghasilan suplemen tersebut. Anda harus berjaga-jaga supaya tidak mengambil sebarang minuman atau makanan yang mempunyai pengawet, kimia dan lain-lain.


Ya Matin Milk Booster | Penambah Susu Ibu

Ya Matin Milk Booster adalah suplemen terbaik dan penuh khasiat bagi ibu-ibu yang inginkan susu terbaik untuk anak mereka. Ya Matin Milk Booster meningkatkan perkembangan nutrisi ibu serta menyokong tumbesaran si anak.
ya matin milk booster dalam bentuk tablet

Hasil gabungan formulasi Ya Matin Milk Booster yang diperbuat daripada bahan-bahan terpilih dan bahan-bahan sunnah Rasullulah S.A.W ini mempunyai banyak khasiat yang tidak terkira. Ramuan formulasi yang hebat dan berkualiti yang menghasilkan Ya Matin Milk Booster menjadikan ibu dan anak menikmati kesihatan yang lebih baik, bertenaga dan zat yang lengkap. Tidak ada suplemen lain yang dapat menandingi milk booster keluaran Fujie Sudarso Enterprise ini memandangkan kandungannya banyak diperkatakan di dalam Al-Quran sebagai penambah susu ibu.

Ulasan