EKZEMA BAYI

gambar sumber dari fb

Banyak yang saya tengok dimana-mana media sosial jika seseorang atau ibu bapa yang share pasal anak kena eczema atau minta pendapat netizen, mulalah penjual2 muncul dan memberi tahu guna produk ini bagus,produk itu bagus dan yang ni bagus dah bnyak testimony kita dapat..., kadang-kadang seolah-olah ingin melariskan barangan jualan mereka tampa mengetahui jenis darah bayi, keturunan, apa yg ibu makan jika bayi masih menyusu badan, keadaan persekitaran dan sebenarnya banyak yang perlu kita kaji dan perhatikan untuk setiap bayi yang mendapat ezcema ini. Ya saya bukan DOKTOR PAKAR KULIT, Saya juga BUKAN PEKERJA FARMASI, saya juga BUKAN JURURAWAT, dan saya tidak ada kena mengena dengan jawatan dimana-mana hospital . Tetapi PENGALAMAN mengajar kita untuk lebih mengetahui dan mempelajari apa itu ECZEMA ? . Tampa di segaja dengan pengalaman kita berusaha untuk mengetahui segalanya melebihi seorang doktor. INI TERJADI KEPADA DIRI SAYA dan sehingga kini anak saya masih dipantau oleh doktor pakar kulit dari HOSPITAL MANIPAL MANICAL CENTRAL walaupun sudah hampir 2 thn dalam pemerhatian doktor pakar tesebut.
Sebelum berjumpa Doktor pakar, saya juga seperti ibu-ibu yang lain, membeli produk itu dan ini, minyak itu dan ini. Malah mengamalkan petua yang kadang-kadang tak masuh akal. Pertua yang saya ingat sampai sekarang ialah " ibu kena jilat setiap luka eczema yang terdapat di badan bayi selepas mandi, korang rasa macam mana ? ....adakah ibu bapa sangup buat dan suami saya bapa kepada anak saya pun x sangup nak jilat luka eczema tu . Tapi naluri seorang ibu yang inginkan anaknya sihat saya sangup buat hampir semingu saya jilat luka Eczema anak saya lepas mandi waktu pagi ( bodohkan ). kalau saya fikir semula, saya ni dah macam ibu kucing yang menjilat badan anak kucing untuk dimandikan( sampai sekarang saya dan suami akan gelak bila teringat kisah itu ) . Sedangkan kita tahu mulut dan lidah kita ini lah tempat paling banyak bakteria. Itu pengalaman saya sebelum jumpa doktor pakar kulit.
mama habis pantang dalam 90hari muka harraz dah mula ada eczema

Mengapa Muncul Eczema pada Bayi?
Saya bukan doktor untuk menerangkan dengan lebih terperinci tentang eczema , apa yang doktor bagi tahu kepada saya, Anak saya mendapat Eczema kerana keturunan, ya saya akui kulit saya sangat sensetif terhadap persekitaran dan permakanan terutama makanan laut. Eczema adalah sejenis penyakit kulit akibat dari tindakbalas hypersensitiviti yang menyebabkan radang pada kulit. Eczema adalah penyakit kulit bukan disebabkan oleh jangkitan mikroorganisma.Kulit kering boleh terjadinya Baby Eczema kepada bayi, pada peringkat awal warna kulit bayi menjadi merah dan seperti kerak kulit akan kelihatan bengkak,ruam merah, malah kadang-kadang ia seperti kulit melecur yang berair. Ini biasa terjadi pada awal-awal bulan usia bayi anda. Eczema adakalanya boleh dirawat sendiri oleh ibu bapa jika eczema tersebut masih boleh dikawal dan pada tahap tidak berbahaya, ibu -ibu hanya meletakakan cream yang dijual di famasi dan pastikan ibu tahu apakah bayi anda betul- betul terkena eczema atau jenis penyakit kulit yang lain ataupun ruam. Manakala jika eczema ini berpanjangan ia akan menyebabkan kegatalan pada kulit bayi tersebut maka berjumpalah dengan pakar kulit.

Eczema pada bayi (baby eczema/infant eczema) disebut juga dermatitis atopik muncul pada 10%-15% bayi. Ciri-cirinya adalah muncul tompokan merah yang akan dirasakan gatal, kering, dan kasar. Eczema boleh muncul dimana saja pada tubuh tapi sebahagian besar dijumpai pada pipi dan lipatan-lipatan pada tangan dan kaki bayi atau pada leher bayi. Kadang eczema tertukar dengan gejala Cradle Crap . Beza cradle crap biasanya akan hilang saat usia bayi 8 bulan. Cradle Crap juga biasanya hanya terjadi pada kulit kepala, sisi hidung, kelopak mata dan alis, dan di belakang telinga. Manakala Eczema dikepala akan mengeluarkan air yang hanyir dan busuk berwarna kuning. Ini terjadi pada kepala anak saya masa tu.

putih2 tu bedak anisia dan bedak sejuk asma (tapi eczema tidak boleh
letak bedak ia akan menjadi keadaan lebih teruk

setelah dibersihkan dgn minyak kelapa dara dherbs, tapi air eczema masih keluar pada setiap lubang roma

  Apa punca?
Punca terjadi pada setiap bayi tidak sama. seperti yang saya katakan anak saya berpunca dari keturunan, ada yang alah pada persekitaran serta permakanan. Ada juga bayi yang tiada berpunca pada keturunan tetapi mendapat Eczema juga, kerana mempunyai jenis kulit yang terlalu kering, disebabkan oleh kelembaban yang rendah, Kulit kering bisa membuat eczema bayi lebih gatal.Ibu-ibu juga kena prihatin terhadap baju yang dikenakan bayi, parfum, sabun badan, dan segala sesuatu yang nanti akan bersentuhan dengan kulit bayi. Ini semua boleh terjadinya eczema pada kulit bayi lebih teruk. Pilihlah jenis baju yang menggunakan material organic dan juga sabun-shampo pilihlah untuk kulit bayi yang sangat sensitif. Saya mengunakan sabun Cetaphil yang disarankan oleh doktor.
Cuaca yang Panas juga boleh membuat kulit bayi eczema gatal.Beberapa ahli kesihatan juga percaya bahawa pengawalan terhadap susu lembu, kacang, telur, atau buah-buahan tertentu dari diet anak dapat membantu mengontrol gejala eczema ini.


Bagaimana mengatasi baby eczema?

Terdapat bermacam jenis mandian ,cream, minyak kelapa dara untuk merawat eczema , Tapi ibu-ibu kena ingat x semua diluar sana serasi dengan kulit anak kita. kita juga kena tahu keadaan anak kita , eczemanya pada tahap berapa. Apa yang terjadi pada anak saya, eczemanya telah mengeluarkan cecair kuning dan kulit yang sangat nipis bila terkena kukunya ataupun kain napkin, kulitnya akan berdarah. Bila kami berjumpa doktor pakar kulit dan mereka memberi tahu kulit bayi seperti harraz dan melihat pada keadaan eczemanya dia tidak boleh pakai apa-apa cream, ini kerana cream akan menjadikan luka eczema lebih lembab dan berair. 

LANGKAH PERTAMA
Nampak x botol putih tutup biru tu (NaCl 0.9), saya dan pengasuh kena basahkan UNIGLOVER ,kedalam air NaCl dan tekap pada setiap luka eczemanya. NaCl dapat mengeringkan luka dan mengurangkan pengeluaran cecair gatal pada setiap luka eczema tersebut, dan kami kena pasti setiap 2 jam mesti buat sehingga luka eczema tidak mengeluarkan air lagi.

 LANGKAH KE DUA  
Cream  kotak berwarna biru pink kena sapu pada seluruh badan anak saya kecuali pada bahagian luka eczema tersebut, ini bagi memastikan kulitnya tidak kering dan luka eczema tersebut tidak merebak ketempat lain.

LANGKAH KE TIGA
HYDROCORTISONE cream kena sapu pada setiap luka yang tidak berair tadi, bagi merawat kulit bayi yang luka kerana terkena kuku semasa dia mengaru. 


LANGKAH KE EMPAT
Nampak x kotak putih hijau itu adalah cream yang disapu setelah kulit bayi tidak ada luka dan berair ia bagi membaik pulih kesan-kesan eczema tersebut.
LANGKAH KE LIMA
Jika eczema telah pulih hanya guna dua cream yang biru pink dan merawat cream kotak hijau. Untuk pemantauwan.

Ibu ibu kena ingat eczema tidak boleh hilang terus pada badan seseorang tetapi ia boleh dikawal, kita sebagai ibu bapa kena peka setiap yang terjadi pada kulit bayi yang ada eczema ni.Biar orang nak kata kita kedekut dengan anak itu x boleh ini x boleh, biar dan biarkan. Semasa anak saya kena pun saya x bagi setiap kanak-kanak atau orang dewasa pegang atau cium pipinya, ini kerana lipstik dan bedak yang mereka guna juga menyebabkan terjadinya eczema pada pipinya. Sehinggakan kakaknya nak cium atau nak usik pipi adiknya pun kakaknya akan cuci tangan, kerana dia tahu kulit adiknya sangat sensetif. 


Jangan sesekali meletakkan bedak, cream atau apapun yang boleh menyebabkan luka ezcema berkerak tampa arahan doktor, jika berkerak time ini yang susah untuk dibersihkan dan menyebabkan kulit bayi berdarah.

Alhamdulillah Kini dia membesar dengan sihat,sangat manje, nakal mengusik kakaknya dan pandai buat lawak. Semoga membesar dengan sihat dan bijak menjadi anak yang soleh serta berilmu didunia dan akhirat.aminn





Nak banyakkan susu ibu
Yamatin Milkbooster tablet
RM58sm/RM68ss (60biji)termasuk pos
WHATSAP www.wasap.my/60122439690

Ulasan