ORaNG ZaMaN JEpuN

semoga Allah Panjangkan usia atok dan nenek ku supaya aku boleh berkhidmat dan mendengar celotehnya lagi.aminn

Dia Lelaki awal yang aku sayang selepas Arwah ayah KISO SUDARSO bin AMIR LUBIS ( Al-Fatihah). Lelaki ini adalah bapa kepada ibuku. Dia adalah datuk ku BAHARI bin ATAN,lahir pada tahun 1936. Selain dari arwah ayah yang banyak mengajar ku erti kehidupan lelaki ini juga banyak mengajarku erti kehidupan didunia ini .
Dia mengajarku bagaimana naik basikal.
Dia mengajarku bagaimana naik motor .
Dia mengajarku supaya tidak berputus asa.
Dia mengajarku erti menghormati orang yang lebih tua.
Dia mengajarku erti keberanian.
Dia mengajarku erti kesabaran.
Dia mengajarku erti menerima dan memberi.

Dia lelaki zaman jepun yang selalu ku panggil  ATA dalam kata lain ATUK. Didadanya penuh dengan pengalaman yang tidak ternilai, melalui zaman kanan-kanak pada zaman pemerintahan jepun. Ibu dan Ayahnya  melarikan diri dari Malaysia ke Indonesia kerana keluarnya dituduh membunuh tentera jepun. Tentera jepun yang hanyut di sungai belakang rumah tidak diketahui oleh mereka. Tapi kerana kekejaman dan takut keluarga menjadi mangsa ibu dan ayahnya lari ke negara seberang (indonesia) dan disana lahirlah seorang bayi lelaki yang di beri nama BAHARI BIN ATAN (atukku ).

Bersekolah seperti kanak-kanak biasa di Indonesia, tetapi sekolah yang dikawal dan diperintah oleh tentera jepun. Dia pandai menyanyi lagu kebangsaan Jepun , dia pandai menyanyi lagu sekolah jepun dan dia juga pandai menyanyi lagu tentera jepun yang selalu kita tengok tentera jepun menyanyi ramai-ramai sambil naik basikal, kerana itu hiburan yang hari -hari dia dengar. Dia selalu menyakat ku bercakap dalam bahasa jepun.

Setelah zaman jepun berakhir dia adalah seorang jejaka
Peneroka tanah
Pembekal kayu-kayan termahal di negara-negara jiran
Pembekal bahan asas makanan terkawal seperti garam, beras, gula,minyak dll
Dia juga yang hidup sentiasa di LAUT dan di Panggil LANUN LAUT.
Dia juga guru silat yang cekap dengan beberapa jenis silat yang dipelajari
Dia seorang lelaki yang sangat keras kepala tetapi sangat baik hati.

Zaman kanak-kanak ku banyak bersamanya, dia selalu membawaku naik basikal dari kampung telok gong ke kampung jalan kem port klang, semata2 ingin meminum secawan kopi kaw bersama sahabat-sahabatnya disana. Keberanian ku menaiki motor pada umur 9thn kerana dia, dia mengajarku sehingga aku boleh menunggang motosikal pada usia 9thn walaupun beberapa kali kami bersama-sama terjun ke dalam longkang. Aku juga cucu yang selalu tidak bersependapat dengan nya, cucu yang selalu mebalas balik setiap kata2 nya, dan cucu yang sentiasa mempunyai cerita hal-hal dunia bersamanya. Kerana aku suka dia bercerita tentang hal-hal 2 negara yang selalu dia bandingkan untuk kebaikan dan keburukan.

Dia lelaki yang selalu menasihatku kesepakatan dalam hal berumahtangga, dia selalu menasihatku erti penghargaan dan kesetian dalam kehidupan suami isteri setelah aku berkahwin, dan dia sentiasa mengingati ku keadilan dan kasih sayang yang sama rata untuk anak-anak walaupun berbeza jantina, setelah aku mempunyai anak -anak.

Dia lelaki tua yang berumur 82thn pada pada zaman moden 2018 dan aku selalu berkata kepada ibu ku pada usia tua ku nanti aku ingin diberi kesihatan, ingatan, kekuatan, kasih sayang yang sentiasa ada dalam diri seperti atokku. SEMOGA ALLAH PANJANGKAN USIANYA dan PERMUDAHKAN SEGALA URUSANKU, SUPAYA AKU DAPAT MEMBERI PERKHIDMATAN DAN KASIH SAYANG YANG BELUM PUAS AKU BERIKAN PADANYA. AMINN...

Ulasan