Resipi bubur bayi 9-12 bln sangat ringkas dan berkhasiat.


Pekara paling seronok para ibu-ibu ialah tak sabar nak bagi bayi makan bila dah masuk 6 bulan, Mulalah dok pikir menu istimewa untuk bayi kita. Kak fujie dari anak sulung sampai no dua ni paling suka masak makanan bayi. Klau ikutkan x de lah susah kita nak masak makanan bayi ni, yang penting rajin atau tidak, itu je .

BERAS BLANDER
Beras blander ni kak fuji buat masa kakak adra kecik hakak akan blander beras dan masuk dalam bekas, bila nak masa ambil beras blander masuk kan air untuk cuci beras blander macam biasa pasal beras ni dia akan mendap kebawah dan segala kotoran akan timbul pada permukaan air tadi jadi x yah risau cuci je cam biasa. Kebaikan beras Blander ni jika ibu-ibu nak masak nasi bubur bayi ia sangat menjimat masa, cepat je dah masak. Cuma ibu kena kreatif, bahan apa yang akan dicampurkan dalam bubur bayi ini. Kini kak fujie ada lagi mudah untuk buat makanan bayi dan kita x payah nak blander beras atau nak tunggu bubur masak. Cara ni kak fujie buat masa anak no 2 memang senang dan mudah.
Macam mana ?
Bila kita ibu -ibu masak nasi untuk makanan sekeluarga, Hanya ambik 1 sudu nasi yang telah masak, masukan dalam blander (guna blander utk makanan bayi atau blander biasa pun boleh tapi pastikan tiada kesan cili) campurkan bahan yang lain seperti daging ayam atau lain2 lepas tu blander je .. dah siap.

BUBUR SUSU
 
Sebelum kita nak cuba bayi kita makan perbagai jenis sayuran, daging ikan dan ayam . Ibu-ibu mesti mencuba menu yang ringgan dahulu seperti nasi bubur dan susu, x kisah susu ibu atau fomular asalkan ia mengikut sukatan susu bayi anda. Saya mengunakan susu ibu yang telah diperah.

Bahan-bahan:
- 1 sudu nasi yang telah dimasak
- 3 sudu besar air susu ( agak2 pun boleh agar bubur tidak lembik dan tidak terlalu keras)
Caranya :
Blander bahan tadi sehingga hancur siap.

BUBUR NASI BAYAMIni adalah menu kegemaran harraz dan akak fujie juga heheheh
 Bahan-bahan:
-1 sudu nasi panas
- isi ayam
- 2,3 helai daun bayam
- Cheese
- air masak
Caranya;
- kukus ayam dan sayur bayam
-blander semua bahan dengan air masak
siap ....

BUBUR BUNGA KOBIS SALMON CHEESES


Bahan-bahan:
- 1 sudu nasi panas
- 1/2 cheeses
- 1 potong ikan salmon (potongan yg kecil)
- bunga kobis (agak2 je)
- air masak (agak2 je )
Caranya:
kukus semua bahan diatas kecuali cheese,setelah masak . Blander semua bahan tadi dan pastikan tulang ikan dikeluarkan, sebelum blander. blander sehingga halus, dah siap.


BUBUR CARROT SALMON CHEESE

Bahan-bahan:
-1batang carrot baby(nak guna carrot biasa pun boleh )
- ikan salmon
- 1/2 cheese
- 1 sudu nasi panas
-1 susu kecil minyak zaiton
- air masak suku cawan
Caranya:
- kukus carrot sehingga lembut
- gorengkan ikan salmon dengan minyak zaiton
Blanderkan semua bahan tadi, dah siap.

 BUBUR NASI KENTANG
 Bahan-bahan:
- 2 ulas daging ayam
-1/2 biji kentang kecil
-1 sudu kecil ikan bilis halus
-1 sudu nasi panas
-air masak
-1 sudu minyak zaiton
Caranya:
tumis ayam, kentang, dan ikan bilis pada api yang kecil sehingga kentang lembut.
Blander semua bahan dengan air masak sehingga halus. siap

 BUBUR NASI ZAITON BROKOLI
 Bahan-bahan:
- 1 tangkai kecil brokoli
- 1 batang carrot baby
- 2 biji buah zaiton
- 1 sudu nasi panas
- daging ayam
- air masak
Caranya :
- kukus brokoli dan carrot
- goreng isi ayam  dengan minyak sedikit
Blander semua bahan di atas dengan air masak secukupnya.
dah siap ...SENANGKAN ..

Untuk menu bayi ini saya memang tidak meletakkan garam dan perasa makanan kerana ia tidak berapa baik untuk bayi .
-ikan bilis
-cheeses
-daging ayam
-buah zaiton
-baby carrot
sudah cukup untuk menjadikan bubur bayi merasa masin, manis, masam, dan lemak2.
SELAMAT MENCUBA IBU-IBU.
SHARE jika memberi manfaat kepada ibu2.


Mencari milk booster tablet
Yamatin Milkbooster tablet menyokong nutrisi ibu menyusu
dengan bahan utama dari saffron
RM58sm/RM68ss (60biji)termasuk pos
WHATSAP 0122439690

Ulasan

  1. Cheese tu brand apa yer. Tak kisah brand apa atau ada yg sesuai utk bayi 11 bulan

    BalasPadam
    Balasan
    1. cottage cheese yang diperbuat daripada susu penuh krim adalah antara yang sesuai untuk bayi disebabkan nutrisinya serta rasanya yang tidak terlalu tajam.

      Cream cheese juga antara pilihan popular yang ramai Mama gunakan dalam menyediakan makanan bayi.

      keju Parmesan, Cheddar dan Mozarella adalah antara keju yang mudah didapati dan boleh diberikan kepada bayi. tapi kena tau juga jika baby ada alahan ya


      Padam
  2. Umur berapa bayi bole mencuba cheese ye puan?

    BalasPadam

Catat Ulasan