Menyusukan Anak Ketika Ibu Demam
Kes ini seperti ini pernah terjadi pada diri kak fujie. Ianya sangat boleh asalkan ubat yang kita ambil adalah dari kebenaran doktor yang merawat kita .
Doktor juga menasihatkan kita untuk terus menyusukan anak walaupun ketika demam. Susu ibu akan melindungi bayi kita daripada kuman-kuman yang menyebabkan ibu demam. Ini kerana susu ibu kaya dengan nutrien dan antibodi melawan kuman. Menyekat penyusuan ibu ketika ibu demam boleh mengakibatkan anak kita mudah jatuh sakit seperti demam, selsema dan batuk ini kerana kita demam dan tidak memberi anak kita susu ibu yang boleh melindungi anak kita dari demam yang kita dapat tadi.
Ibu-ibu tidak perlu risau jika demam kerana Susu ibu yang dihasilkan tidak akan bercampur dengan ubat yang kita makan. Susu ibu juga tidak bercampur dengan kuman-kuman apabila kita demam, batuk dan selsema.
JOM KITA TENGOK RAJAH DI BAWAH MACAMMANA ANTIBODI IBU DISALURKAN PADA BAYI , SEMASA IBU DEMAM
Jadi ibu ibu x perlu risau jika ibu demam. Susukan Bayi ibu seperti biasa.
Ulasan
Catat Ulasan