5 ciri-ciri Preggy anak lelaki atau perempuan ?

Kak Fujie nak cerita sedikit tentang perbezaan time akak preggy anak perempuan dan lelaki. Jika di imbas kembali banyak sebenarnya perbezaan preggy anak lelaki dan perempuan ni sebenarnya cuma kadang-kadang kita je yang x perasan. Kisah hakak ni x de pun kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah tiada, ia merupakan kisah dan pengalaman hakak time preggy anak perempuan dan lelaki. 

 

Semasa kak fujie preggy anak yang sulung hakak langsung x de rasa mabuk atau Morning sickness. Cuma hakak x boleh hidu bau ubat gigi dan bau KFC, hampir 9 bulan jugalah hakak dan en suami x makan KFC heheh. Tapi Makanan yang lain semua masuk semua nak makan x de pun memilih dari awal hakak preggy sampailah dah nak bersalin tu. Semasa hakak nak bersalin tu siangnya sempat lagi makan sup ketam, satu mangkuk besar hakak abiskan.

Berbeza semasa preggy Harraz pula, pagi hakak x mabuk dan morning sickness, Tapi ptg balik kerja x mampu nak masak, x mampu nak makan, mata berat nak tidur je ... sampai jam 11mlm hakak mula muntah2 ..berlarutan sampai 31/2 bulan time makan pulak hanya boleh masuk roti-roti, biskut-biskut, kalau nak makan nasi, hanya nasi putih dan sambal belacan atau ikan masin sepat tu je yang boleh masuk kat tekak, klau asam tahi idung yang orang panggil tu memang berbotol-botol hahak makan suka sangat dengan benda masin.

Antara ciri-ciri preggy anak perempuan dan lelaki
  1. Warna urine/air kencing
    Ramai ibu preggy tidak perasan tentang urine mereka, seperti warna,bau, dan berbuih atau tidak. Menurut Dr Zubaidi dalam blog beliau, Semasa hamil sesetengah wanita mengalami pembesaran saiz saluran darah. Ini menyebabkan lebih banyak proteinyang selalunya tidak dapat melepasi penapisan, telah berjaya keluar masuk ke dalam air kencing menyebabkan air kencing berbuih. Namun begitu kandungan protein dalam air kencing bagi wanita hamil sangat minima.

    =
    PEREMPUAN : warna urine lebih cerah dan tidak berbuih, jika berbuih pun ianya tidaklah banyak.
    = LELAKI : warna urine lebih pekat dan banyak buih.

    * Perbezaan warna urine ini hakak fujie sangat perasan, semasa kakak adra warna tidaklah pekat seperti warna urine semasa preggy Harraz, malah semasa Harraz urine hakak juga kerap berbuih.
     
  2. Perut dan bentuk badan.
    Kita selalu dengar bila orang tua-tua berkata tngok perut si polan si polan tu mesti anaknya perempuan/ lelaki.

    =
    PEREMPUAN: pinggan lebih besar, perut bulat dan memcecah ke dada.
    = LELAKI: pinggang masih ada shape bila tengok dari belakang tapi bila tengok dari depan, perut runcing kebawah, kita pun boleh rasa ada ruang dibahagian tengah antara dada dan perut.

    * Perbezaan perut ni memang sama semasa hakak mengandung kakak Adra perut besar dan kembang. Semasa preggy Harraz ramai cust hakak kat pejabat x perasan yang hakak preggy dari belakang masih nampak shape pinggang, perut pun x nampak besar sangat, Tapi semasa Harraz keluar pehh dia bayi paling besar dalam wad, beratnya hampir 4kg iaitu 3.98k
 

3. Kulit wajah/badan
Pertukaran hormon semasa preggy menyebabkan kulit wajah atau badan menjadi kusam, malah ada sesetengah ibu yang mengalami alahan yang teruk pada wajah.
= PEREMPUAN : Kurang mendapat alahan kulit, wajah tidak berapa kusam malah ramai yang kata jika wajah ibu berseri-seri kemungkinan ianya anak perempuan.
= LELAKI: Wajah lebih kusam, kulit muka x sekata ,berjerawat dan bahagian leher lebih gelap.

*Semasa hakak preggy kedua-dua anak tidak mengalami alahan kulit muka , cuma semasa preggy Harraz kulit hakak kusam sangat malah terdapat daki2 degil pada leher dan terlalu hitam heheh
 

4. Mengidam/jenis makanan
Ha time cakap mengidam je mesti en suami paling takut , ye lah taku isteri mintak yang bukan-bukan yang en suami x boleh cari.
= PEREMPUAN : Lebih menyukai makanan manis
= LELAKI: Lebih menyukai makanan manis dan daging-daging merah serta makanan laut

* Ok semasa hakak preggy kakak Adra memang sukan makan benda manis2 lagi-lagi manisan india , coklat memang setiap hari, masa ni juga hakak lebih suka makan sayuran seperti salat. Berbeza semasa Preggy Harraz lebih suka benda masin-masin ikan masin sepat mesti kena ada setia hari, selera lebih kepada makanan daging merah dan makanan laut.

5.Posisi Tidur
Ada yang kata posisi tidur juga mempengaruhi jantina dalam kandungan kita.
= PEREMPUAN:  Jika posisi ibu lebih kepada sebelah kiri ini bermakna bayi yang dikandungkan adalah perempuan
= LELAKI : Ibu preggy lebih cenderung untuk tidur mengiring sebelah kanan.

*Mungkin Ada betulnya masa kakak Adra hakak suka mengiring sebelah kiri dan lagi selesa bila posisi sebelah kiri. Untuk Harraz pula hakak suka mengiring sebelah kanan sehinggakan Harraz lahir ada kesan kemik pada kepalanya dan doktor bagitahu kemungkinan semasa preggy lebih banyak himpitan pada bahagian kepala bayi yg kemik tu, dan ia merupakan pada posisi sebelah kanan. Tapi Alhamdulilah semakin besar kesan kemik pada kepalanya hilang.

Ok ini hari ni hakak kongsi 5 tanda-tanda kita preggy anak lelaki atau perempuan ini mengikut pengalaman hakak je . Tapi ada juga terjadi sebaliknya dengan pengalaman hakak ni.

ok bye jumpa lain hari semoga apa yg hakak tulis memberi manfaat kepada semua.


Ulasan