REWANG ORG JAWA


Sejak kahwin dengan orang jawa Telok Gong port klang ni hakak dah biasa sebut REWANG  dan BECEK hehehheh . Ayah hakak dulu pun jawa tapi dia x pernah cakap atau pun ajar kita orang adik beradik cakap jawa,walaupun dia sangat fasih berbahasa jawa. Ok hakak g tau maksud REWANG lebih kurang gotong-royong untuk menjalankan sesuatu majlis kenduri- kendara. Tidak kira saudara- mara, jiran-jiran , sahabat- handai semua datang untuk tolong menolong atau REWANG bagi menjayakan majlis tuan rumah tersebut .
Untuk BECEK pulak ( ejaan x tau lah betul ke x ) bermaksud tetamu bersalam dengan tuan rumah yang buat kenduri dengan tanggan memberi sampul surat yang berisi wang ringgit ikut kemampuan tetamu, tuan rumah pulak membalas dengan sedikit cenderahati yang di bungkus dalam bag di panggil BERKAT.
Apa yang seronoknya REWANG dikampung ni, mereka seperti bersatu hati x kira muda , tua, mahupun kanak-kanak. Masa ni lah mengeratkan siratulrahim antara satu sama lain. Gelak tawa, makcik, pakcik yang latah, usik mengusik, sangat seronok dan betul-betul mengeratkan hubungan siratulrahim. Klau bab makanan pula orang jawa ni jenis x kedekut dengan makanan. Bermacam-macam jenis makanan , kuih -muih yang diorang sediakan. 
 Kesepakatan penduduk kampung telok gong pelabuhan klang telah mendapat perhatian adun PKR port klang tuan Azmizam Zaman Hurai. Beliau juga sangat mesra rakyat dan prihatin terhadap masalah yang penduduk hadapi. Malah beliau juga akan mengikuti aktiviti anak muda dikampung kami seperti, Hari sukan, pertandingan memancing di kelong, group motor piyek-piyek dan banyak lagi. Setelah melihat kesepakatan anak-anak muda dan warga emas penduduk kampung telok gong hakak jadi bangga jadi penduduk telok gong , walaupun hakak selalu hangin bila balik dari kerja , kerana jalan nak masuk kampung jem teruk dek kerana terlalu banyak kawasan perindustrian, lori keluar masuk.








Ulasan