SUAMI KU MAT MOTOR

SUAMI KU MAT MOTOR ?. Mat motor x semestinya mat rempit yang dok viral buat benda x berfaedah tu. Tak semua mat motor tu jahatkan. Suami hakak ni memang minat motor dari sekolah lagi. Pelajar lain x de motor dia dah ada motor sendiri. Tapi tu lah dah minatnya convoi sana-sini walaupun dah tua. Korang anak-anak dara jangan dok tngok suami hakak tu bergaya pakai motor RXZ nya tu, korang tak tahu bila dia buka topi keledarnya, mesti korang lari ,mat motor tahap umur atok2 hahhaha gurau je. Nak katakan hakak ni isteri solehah tu ada lah siket2. Hakak x kisah pun  bila en suami nak g mana2 convoi ngan motor RXZnya tu asalkan x buat benda yang x elok, nak pergi kena jaga diri elok2, kena ingat ada anak bini kat rumah jangan nak seronok sangat. walaupun pergi kemana solat jgn lupa. Lelaki ni bila nak solat senang, x macam perempuan agak susah nak cari tempat, telekung, kena tengok betul2 aurat semua tu kan . Cam tu lah hakak bebelkan en suami sebelum dia nak g merempit. selalunya time dia nak pergi convoi tu hakak pastikan anak2 bangun untuk iringi ayahnya kepintu rumah, salam lambai cium ayahnya, cara ini pun hakak ngan suami buat bila time kami nak pergi kerja, bagi hakak ngan suami ia ibarat satu restu untuk kita lakukan sesuatu pekara, lagi-lagi nak pergi jauh-jauhkan. Hati kita nak pergi kemana pun tenang pasal suami ,isteri ,anak-anak senyum bila kita nak pergi tu, ya macam hakak kata ibarat satu restu yang mengiringi kita. 
 
Dekat kampung hakak budak-budak motor ni ada group, nama group dorang peyek-peyek, geng peyek- peyek ni bukan anak muda je pangkat atok2 pun ada, en suami pernah kata ada yang umur 65thn, jadi korang bayangkan atok tu naik motor besar, pehhh betul-betul jiwa mudakan. Tapi biarkan asalkan dia x menyusahkan orang lain.
Geng peyek-peyek ni memang selalu buat aktiviti kadang-kadang hakak tengok pun seronok, yelah anak muda bercampur dengan orang tua-tua, mana ada anak muda sekarang macam ni kan, yang dorang tau media sosial. Klau kita tngok convoi dorang ni ada ciri-ciri keselamatan,hakak tngok kat telefon en suami diorang siap ada lori untuk hangkut motor yang rosak, malah ada yang rider dari pomen bertauliah untuk membaiki motor yang rosak bila dalam perjalanan. Kalau x boleh betulkan tu yang diorang hangkut naik lori hahhah. Dan baru-baru ni bulan Feb 18 diorang convoi pergi PD dengan 101 motor, berapa ahli hakak x tanya pulak dengan en suami.
 
 Bagusnya kampung hakak ni diorang mengeratkan siratulrahim dan mendekati anak muda dengan cara tersendiri. Kampung Telok Gong pelabuahan klang sentiasa di hati.



Ulasan