Cara cili lebih tahan lama

Antara kerja rumah yg hakak suka sejak dah kawin ni, masa anak dara ini lah kerja paling hakak x suka aktiviti blander meblande. Hakak sangup x masak klau cili blander x de tau heheh. Tapi tu dulu sekarang dah suka ,bak kata org dulu2 jangan terlalu membenci nanti jatuh hati .
Selalunya hakak akan blander cili kering, bawang putih, bawang merah, cili api tapi kali ni cili api habis x sempat nak beli. Selalunya Bahan2 ni hakak blander tahan sampai sebulan dua bulan. Cara ini akan membuatkan kita surirumah yang bekerja lebih mudah,senang dan cepat untuk memasak. Hakak ambil masa dalam 30minit atau 45minit untuk siap masak 3 atau 2 jenis masakan. HAH!!!! hebat x ?? heheh tapi ikan atau ayam yang kita nak masak tu hakak akan keluarkan siap2 dari peti beku ke bahagian bawah petisejuk .
Selalu hakak akan potong-potong cili sebelum rebus sehingga lembut, lepas tu tapiskan, bagi cili dan biji cili terasing. Blander cili dengan sedikit minyak masak bagi menghaluskan struktur cili tersebut kiranya cili yang kita blander tu x kasar.
 
Tengok cili hakak cantikkan heheh. Lepas kita blander cili, selalunya hakak akan masakkan cili atau bahan2 yang akak blander tadi sehingga pecah minyak. Maaflah gambar x de hakak x sempat nak ambik anak meragam time tu .Kalau korang malas nak masak cili sampai pecah minyak semasa blander cili atau bahan yang kita nak blander tadi (bawang merah, bawang putih , cili api ) hendaklah korang campur dengan garam atau cuka atau air asam jawa, dan minyak wajib korang letak kerana minyak berfungsi sebagai pembeku kepada bahan2 yang korang blander tadi minyak tu akan beku bersama cili yang kita blander tadi tu yang buat bahan tadi lebih lama hayatnya.
Pastikan juga korang guna bekas kedap udara.

OK SELAMAT MENCUBA KLAU MEMBERI MANFAAT SILALAH SHARE ye ...



Ulasan